Monday, November 24, 2014

SIMPTOM-SIMPTOM KENCING MANIS

لسلام عليكم

Kencing manis. Selalu orang akan kaitkan kencing manis dengan pemakanan orang kita yang suka makan makanan yang manis-manis kan? Terutamanya kuih yang sedap sedap di bulan puasa nan meriah gitu. wah.. tetibe je rasa nak makan kuih. hahaha. Tapi adakah hanya disebabkan  itu menjadi punca kepada kencing manis?  Jom kita baca:





Statistik terbaru menunjukkan 17 peratus daripada penduduk di Malaysia menghidap diabetes atau kencing manis.
Tanda-tanda atau simptom kencing manis kadang-kadang terlalu sukar untuk dikesan sehinggakan pesakit tidak sedar mereka menghidapinya sehinggalah penyakit itu sampai ke tahap yang sangat serius. Oleh itu adalah penting untuk anda megenalpasti tanda-tanda tersebut untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa kencing manis.


Jenis kencing manis

Terdapat dua jenis diabetes - Jenis 1 (Type 1) dan Jenis 2 (Type 2). Kira-kira 90 peratus daripada pesakit kencing manis adalah dari Jenis 2. Terdapat salah faham yang mengatakan kencing manis Jenis 2 adalah kurang serius berbanding Jenis 1, Mungkin kerana pesakit Jenis 1 perlu menyuntik diri sendiri dengan insulin.
Perbezaan kencing manis Jenis 1 dan Jenis 2 adalah bagi Jenis 1 badan tidak menghasilkan insulin manakala Jenis 2 sel-sel tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin dan / atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi. Kedua-dua jenis adalah serius jika tidak diurus dengan baik.


Simptom kencing manis

Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai orang yang menghidapi Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.
Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi anda boleh membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.


10 Tanda-Tanda Umum Penyakit Kencing Manis
  1. Paras gula darah tinggi
    Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.
  2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
    Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
    Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.
    Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
  3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
    Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
    Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Sentiasa rasa lapar
    Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh.
    Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh
    Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.
  6. Keletihan dan cepat marah
    Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat
    Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.
  8. Penglihatan kabur
    Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.
    Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.
  9. Sensasi pada tangan dan kaki
    Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.
  10. Kulit merengsa
    Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.
Bahaya kan kencing manis? Saya salah seorang yang sering dikelilingi oleh mereka yang ada masalah kencing manis. Memang kesian sangat tengok. Dah sampai tahap kena inject insulin. Tahap kesihatan pun makin lama makin merosot. Jadi jom cegah kencing manis sebelum terlambat.

Nurul Fazilah Fauzi
SID 1094068
013 6682019



Sunday, February 23, 2014

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

السلام عليكم

Sakit lutut. it's so simple tapi sakitnya Dia saja yang tahu.. nak berjalan tak payah cakaplah memang terhincut2 ...itu baru nak berjalan kan...yang nak solat dan beribadah pulak macam mana.... benda wajib pulak tu.....memang kene cari penyelesaian cepat2...terkena pada abah saya sendiri.....bulan puasa tahun lepas memang sakit lutut teruk sangat....injured masa main bola katanya.....main bola diusia veteran itulah padahnya..hihi.... dah ambil macam2 ubat tak jugak berkesan....hilang sekejap je sakit balik....lama jugak lah jalan mengheret kaki...sebagai anak memang tak sanggup lah nak tengok ayah kita jalan terseksa macam tu ye tak....lama jugak la sehingga awal Januari barulah saya order Advance Joint Health Tablet ni untuk abah......ini pun salah satu Hot product jugak sebab selalu je out of stock...nak menunggu available memang lama lah....sementara ada stock ni lebih baik pulun cepat-cepat..... 


Kepentingan Advance Joint Health Tablet:



Advanced Joint Health Tablet ini memberi manfaat kepada sendi melalui 3 cara:-
  • Menyokong keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayuveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya,. bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  • Bertindak sebagai kusyen (Ekstrak jagung) membantu mengekalkan tulang rawan. Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina ialah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia juga ditemui dalam tendon dan ligamen.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat (zink, tembaga, mangan dan vitamin C). Sebagai nutrien pentinng dalam kesihatan sendi, zink, tembaga, mangan  dan vitamin C membekal sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

10 Kebaikan Advance Joint Health Tablet :

1. Menyokong ketidakselesaan sendi
2. Membantu kekalkan tulang rawan
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
4. Melancarkan pergerakan harian
5. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
6. Anti radang semulajadi 
7. Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
8. Memberi kekuatan kepada struktur sendi
9. Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan , juga membekalkan           glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)
10. SANGAT-SANGAT BERKESAN ..KESAN POSITIF SELEPAS 5 HARI PENGAMBILAN



Bayangkan apabila salah satu daripada sendi kita gagal berfungsi, ia boleh membantutkan tugas seharian sesiapa sahaja tidak kira apa pekerjaan sekalipun....nak melakukan aktiviti lasak dan bersukan memang terpaksa ditangguh....jadi jangan pandang remeh ye!

Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen, tendon dan cecair-cecair sinovia(bendalir yang melicinkan sendi-sendi) iaitu komponen-komponen sendi  mendapat keperluan nutrisi  yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tulang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Jadi kepada uolls yang nak hilangkan sakit sendi yang berpanjangan tu boleh lah menghubungi saya...In Shaa Allah set sendi adalah kepakaran saya....=)

Place your order 

fazilah|013 6682019
SID 1094068


Saturday, February 22, 2014

ESP SHAKLEE

السلام عليكم

Memang dah lama sebenarnya saya mencari- cari produk yang sesuai untuk menghilangkan gastrik dan angin ibu saya..sebab ibu saya ni memang kuat gastriknya...kalau lambat sarapan mesti tak bertenaga dan lemah.....mula-mula memang tak terlintas tentang Shaklee ni..selalu dengar pasal Shaklee tapi buat tak tahu dan tak endah..hehe... kebetulan jiran saya merangkap mak Shaklee saya consume Shaklee dah beberapa bulan dan dah mendaftar sebagai ahli...pada masa tu saya fikir nak place order la.. tapi dah terbuka pintu hati pulak nak join ahli so saya order ESP untuk ibu saya menggunakan Shaklee ID saya untuk pertama kalinya...uolls yang nak boleh Pm saya di sini...In Shaa Allah respon yang pantas dari saya...

Fakta tentang ESP Shaklee




Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda :
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi :
Kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki :
Genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal :
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

Pemberi tenaga segera :
Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi :
Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori :
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Feedback daripada customer saya tentang ESP ni rata-rata semuanya positif...memang tak dinafikan lah ESP memberi kesan yang baik sebab saya pun antara peminat tegar ESP sebab ESP juga bagus untuk uolls yang nak kulit cantik dan bebas jerawat...hehe....dah jadi menu wajib bagi saya dan ibu saya minum ESP every morning...kalau tak ambil rasa tak lengkap lah sebab memang berbaloi dengan kesannya...


For those yang boleh minum ESP plain macam tu je boleh teruskan...kalau saya memang sah-sah tak boleh so saya akan mix dengan minuman lain sama ada milo atau Dutch Lady berperisa Strawbery ni...memang sedap!! 

Kalau uolls nak bolehla hubungi saya dan boleh dapatkan ESP dengan harga istimewa In Shaa Allah.....=)

fazilah|013 6682019
SID 1094068

SUSTAINED RELEASED VITA-C SHAKLEE

assalamualaikum....

Memang tersangat excited nak cerita pasal one of Shaklee product yang tengah hot sekarang ni.. tahu tak uolls Sustained Released Vita-C ni selalu je out of stock..end of 2013 barulah available untuk pasaran Malaysia. .permintaan memang tak payah cakaplah kan..sentiasa je mendapat sambutan especially untuk wanita la..lelaki as well....hehe..and of course saya sendiri pun peminat tegar Vitamin C Shaklee ni....so siapa yang nak boleh lah Pm Facebook saya di sini...

So saya di sini nak share betapa pentingnya Vitamin C terhadap tubuh badan kita tak kira untuk kecantikan dalaman atau luaran....

Manfaat utama pengambilan Vitamin c:
  • Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 
  • Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
  • Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
  • Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
  • Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Antara simptom kekurangan Vitamin C dalam badan ialah:
  • Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
  • Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
  • Luka yang lambat sembuh
  • Mudah selsema / bersin
  • Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
  • Mudah dapat ulser
  • Mudah demam / antibodi tak kuat
  • Gusi berdarah
  • Salur darah mengecil
  • Sakit sendi
  • Tanda lebam pada badan
  • weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)
Perbezaan Vitamin C Shaklee dengan Vitamin yang ada di pasaran:
  • Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
  • Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
  • Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
  • Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
  • Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
  • Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.

Siapa yang perlukan Vitamin C?
  • Perokok
  • Orang yang mudah stress 
  • mereka yang inginkan kulit yang cantik dan bebas jerawat kerana Vitamin C akan membina kolagen dan membaiki tisu kulit/ juga untuk mereka yang ada eczema
  • mereka yang mementingkan kesihatan yang baik kerana Vitamin C menyokong sistem imun dalam badan dan mengurangkan demam dan selsema yang berpanjangan


Okay untuk sesiapa yang nak place order boleh lah hubungi saya..In Shaa Allah saya akan bagi the best price untuk uolls semua dan juga free consultation.. cepat-cepat order ye sebab sebelum out of stock lagi!

fazilah|013 6682019
SID 1094068



PENGEDAR SHAKLEE SEKITAR GUA MUSANG

Assalamualaikum semua.... entry kali ni sy tulis ringkas je tapi padat dengan informasi...mungkin ada yang belum tahu saya adalah pengedar produk kesihatan Shaklee di sekitar Gua Musang...yang mana berada berdekatan dengan kawasan saya anda boleh dapatkan produk Shaklee daripada saya dengan lebih cepat dan pantas..

Bagaimana pula dengan anda yang berada di kawasan-kawasan lain? Jangan risau...selain Gua Musang, saya juga pengedar Shaklee anda tak kira di mana anda berada...pendek kata seluruh Malaysia la..hehe....anda boleh dapatkan produk Shaklee dengan harga terbaik...kepakaran saya adalah set sendi dan juga set kecantikan...anda boleh hubungi saya pada bila-bila masa sahaja....





fazilah| 013 6682019
Shaklee Independent Distributor 1094068



Saturday, January 25, 2014

BAHAYA PENYAKIT BATU KARANG


assalamualaikum...

okay entry kali ni sy nak berkongsi berkenaan penyakit yang dianggap biasa dalam kalangan masyarakat kita iaitu penyakit batu karang.. sebenarnya penyakit ini sangatlah bahaya kepada diri kita terutama kepada sistem badan yang melibatkn buah pinggang...jangan pandang mudah ye uolls...ada antara kenalan sy yang buang air kecil sampai berdarah...

Kata pakar 

penyakit ini biasa didengar tetapi ramai yang masih tidak ambil endah mengenainya. Mungkin kerana ia tidak sekritikal penyakit jantung atau kanser yang diketahui umum boleh membawa maut.Namun, batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian. 

Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh. 

Pembentukan batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat. 
Perunding Gastroenterologi, Pusat Perubatan Prince Court (PCMC), Datuk Dr Ryan Ponnudurai berkata, penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. 

Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi, bagaimanapun warga emas dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah. 

“Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. “Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan mag- nesium,” katanya ketika ditemui di PCMC, Kuala Lumpur.
 
Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan berterusan batu karang. 

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah tetapi penyakit mereka dikesan secara tidak sengaja terutama apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain. 
Kajian sebelum ini menunjukkan 25 peratus pesakit batu karang mempunyai sejarah keluarga dan ini bermakna ia ada kaitan dengan faktor genetik. Malah, antara penyakit genetik yang dikaitkan dengan batu karang termasuk renal tubular, tubalar acidosis dan cystinuria. 

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat. 

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama-kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk sebutir batu yang keras. Biasanya kes seperti ini memerlukan individu minum tiga liter air sehari. 

Menurut Ryan, sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. 
“Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, akan timbul rasa sakit yang amat sangat dan pendarahan kebiasaannya boleh berlaku sehingga batu itu dikeluarkan. 

“Ada juga kes yang mana batu karang tersekat dan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya apabila kuman mula merebak. Jika ini berlaku, biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk,” katanya. 
Mengenai rawatan pula, ada secara moden mahupun tradisional. 

Namun, anda dinasihatkan mendapatkan rawatan pakar dengan segera kerana jika lewat boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah kematian seandainya ada jangkitan kuman yang merebak dan menyebabkan keracunan dalam darah.


Tuesday, January 21, 2014

KHASIAT ALFALFA COMPLEX BY SHAKLEE

Assalamualaikum....

okay entry kali ni nak story tentang kebaikan Alfalfa Complex from Shaklee.. sebelum ambil Alfalfa dulu, sy seriusly mmg susah nak membuang air besar..kadang2 sampai seminggu sekali je....jeles tengok org lain hari2 buang kan...bila tak buang maknanya toksik memang berkumpul la dlm badan.. sebab tu sy asyik sakit pinggang je...muda2 lagi dh sakit pinggang bagai....so, jiran sebelah rumah merangkap mak shaklee sy Zaty promote dkat sy utk ambil Alfalfa ni.....hari pertama ambil terus rasa nk buang ....wah...cepat betul tindak balas die... Alhamdulillah dh hampir sebulan consume Alfalfa...masalah pencernaan sy tu dh makin baik...bukan tu sahaja ye uolls...penyakit setiap bulan wanita pun dah pulih tau....so, utk wanita yg bakal mendirikan rumah tangga, I highly recommend uolls ambil Alfalfa as your daily supplement...sangat2 bagus persediaan sbagai seorang isteri....


20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan:

1.    Merawat gangguan pencernaan

2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat masalah sembelit

10.  Menyahkan toksik dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki







Hubungi saya 

sms/whatsapp: 013-6682019
SID: 1094068
FB Page: Mamasaya multivitamin shop